Terjemahan teks Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia atau Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris secara online dengan citcat Tukarkan Teks Bahasa Malaysia ke Tulisan Jawi dengan Mudah dan Pantas
Word of the Day
SURAT KHABAR ONLINE
e-Banking
PENGURUSAN ICT/PSS
VIDEO KESELAMATAN KOMPUTER
PAUTAN MURID
Panduan Pengguna
Setiap pengunjung yang berdaftar akan diberikan Kelas tertentu mengikut kategori seperti Umum, Waris, Guru atau Murid.
Paparan dalam menu tidak sama. Contoh Umum hanya dapat melihat/ mencapai borang pendaftaran Tahun 1 dalam menu Borang Online, manakala Guru SKBA akan dapat mencapai beberapa borang lain dalam menu yang sama.
Begitu juga soalan-soalan dalam menu Muat Turun yang sebahagiannya dikhaskan untuk murid-murid SKBA yang berdaftar sahaja. Oleh yang demikian, harapan kami supaya tuan-puan para waris dapat mendaftar dengan menggunakan nama penuh anak-anak tuan/puan supaya Kelas dapat diberikan dengan tepat. Semua nama murid yang didaftarkan akan dirujuk ke Sistem Maklumat Murid (SMM) untuk pengesahan identiti.
Anda juga boleh Muat Naik bahan-bahan berbentuk P&P. Bahan yang berguna akan kami paparkan untuk umum untuk dikongsi bersama.
Kami juga akan menyediakan kemudahan lain untuk pengujung Umum atau yang tidak berdaftar. Harapan kami, selalulah berkunjung kembali ke www.skbakararang.net
23 Aug : 10:41 SEJARAH KEMERDEKAAN [html] Kedudukan Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih baik yang antara lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen diganti oleh seorang Menteri Besar. Sementara syarat-syarat kerakyatan diperketatkan melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara permohonan.
Selangkah orang Melayu terus mara dengan kesatuan yang bulat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. UMNO dipimpin oleh ramai tokoh yang terbilang seperti Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Ghaffar Baba, Dr. Ismail, Aziz Ishak, Sardon Jubir dan sebagainya untuk menyusuri jalan kemerdekaan. Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra menggantikan Dato’ Onn Jaafar yang meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951 nyata membuka lembaran baru dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Ternyata perjuangan berabad lamanya orang Melayu bermula sejak kejatuhan Kerajaan Melaka, orang Melayu bersama sultan atau pemimpin tempatan sentiasa cuba mengembalikan maruah bangsa dan negara. Perjuangan mereka dimulai secara perang gerila sebagaimana dirintis oleh bekas kesultanan Melaka (1511) dan kesultanan Johor, Raja Haji (1782), Dol Said (1831), Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor (1875), Datuk Bahaman, Mat Kilau (1891), Tok Janggut (1914), Haji Abdul Rahman Limbong (1928), Datu Mat Salleh (1894), Sharif Mashahor (1860), Rentap (1853) dan sebagainya.
Bentuk perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan pada sekitar awal 1900 mula digerakkan oleh golongan agama seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol, begitu juga peranan Syeikh Abdullah Fahim, guru agama di Kepala Batas pada tahun-tahun 1930-an dan guru-guru Melayu khususnya dari Sultan Idris Training College.
Selepas itu, bentuk perjuangan berubah menggunakan tinta dan mata pena. Mereka daripada kalangan novelis, cerpenis, penyajak dan wartawan Melayu khususnya daipada Utusan Melayu banyak memberikan pendedahan mengenai perjuangan membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan. Antara pelopornya ialah Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), A. Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam, Usman Awang, Shahnon Ahmad dan ramai lagi hingga sebahagian daripada mereka menjadi buruan Inggeris dan dipenjarakan. Sesungguhnya apabila kita menyusuri akar perjuangan kemerdekaan, ternyata ia telah banyak menumpahkan keringat, darah dan air mata. [/html] [ More... ]
Penafian: SK Bakar Arang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.